Followers

My Blog List

Friday, August 5, 2011

Renungan Ramadhan...

Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan.  Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya 
maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.  

Umumnya Ramadhan disambut meriah di Malaysia.  Masjid dan surau akan dibanjiri 
oleh jemaah yang bersolat terawih. Untuk menambahkan manfaat dari perhimpunan 
jemaah setiap malam, ada masjid dan surau yang mengadakan majlis renungan atau 
ceramah pendek atau tafsir pendek.  Ini merupakan satu  amalan yang baik kerana ia akan 
menjadikan majlis solat terawih sebagai satu medan bukan sahaja untuk beribadat bahkan 
juga medan untuk berkongsi Ilmu  dan ingat memperingati.  Sesuai dengan firman Allah  
bermaksud: 
 “ Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat 
kepada orang-orang  yang beriman” 
                                                                                           (Surah Azzariyat: 57)



Tuesday, July 5, 2011

July 2, 2011 (Port Dickson)

huuuuuu bestttt giler pegi PD lagi pada July 2, 2011 (Sabtu)... heeehe kali ni event rombongan 1 bus.. memang have fun giler.. Bertolak jam 7 a.m.. sampai sana 8 a.m lebih kot.. kira2 dlm jam 9 a.m la (senang cter) enjoy the pictures :))

 naik boat keliling pantai/pulau.. terbaekkkkkk !
 Posing2 duluuuuu ....
best naik banana boat nih... rasa nak naik lebih 2 kali je.. weeee

Thursday, June 23, 2011

SnowWalk (i-city shah alam)

Semalam June 22, 2011 aku dgn family Kakak aku pergi ke SNOWWALK di shah alam.. hehe main SALJI... besttt gler.. korang try la dtg sini... syokkkk woooo !

Ini family kakak sulung aku :))
huhuhu terasa mcm di LUAR kot..hmmm KOT la :))
 Candid
Yeahhhhhh :))

Broga Hill, Semenyih

Aku pergi mendaki di BROGA HILL pada June 19, 2011 bersama2 Mikey, Iwan, Andy, Aiman, Noona Meyl, dan Oren Soda.. Kitorang gerak jam 4am sampai dlm jam 5am dan sampai di puncak dlm jam 6.30am mcm tuh (banyak berhenti rehat) hahahahaha ! Tapi memang best dan pengalaman yang takkan dilupakan dlm hidupkuuuuu :))
Ni gambar2 berada disana . . enjoy !

4.45am... baru je sampai nih...
Super tired :))
haaa kan dah sampai... haha !

Monday, June 6, 2011

First Love???

Apa tu First Love? hmmm..seriously aku cakap, aku tak penah rasa "Cinta Pertama"...tak penah! cinta katun2 ada laaa...scandal.. tp skang i've nothing. tu la padahnya main2kan perasaan org sebelum ni.. korang jgn la mcm nih.. tak HOT pon! Aku teringin jugak nak rasa First Love bagai nih, tp belum jumpa lg.. takpelahh bersabar jer.. Masa itu PASTI akan dtg jugak tp haruslah berusaha untuk mendapatkannya.. Aku tengok org lain berpasangan, aku nak sgt mcm tuh... tp apakan daya, aku tade pape yg special pon. nothing! Aku suka dia, tp dia tak suka aku.. dia suka aku, tp aku tak suka dia. huh memilih! tapi kita memilih untuk yg terbaik..luaran semua aku tolak ketepi, yg penting dalaman.. masalah dalaman ni lah yg aku tak jumpa2 sampai skang *sigh
Bak kata orang, zaman skang ni ada lagi ke cinta2 macam ibu bapa yg masih kekal sehingga hari nih? ada tu ada, tp susah..susah sgt.. Kepada si dia, aku harap kau tahu perasaan aku selama ini..bukan aku taknak ckp, tapiiiiiiiiiiiii............................


Thursday, May 26, 2011

Holiday with friends at Genting Highlands..



p/s : penatnyerr semalam (may 29, 2011) lepak genting dgn kwn2.. huuu tapi memang best gler lagi2 naik roller coaster tu haa... mak aihhh nak muntah tp ni bukan kali pertama aku naik benda alah nih.. 
banyak kali dah (kalau naik genting)..
Kenangan semalam bersama Mikey, Wan, Kaka Meyl, Danief, Andy and Miey aku takkan lupakan till the end.. LOL <3 <3 <3




Wednesday, May 25, 2011

Sekadar Peringatan (including me) :D

Empat perkara menguatkan badan 
1. Makan daging 
2. Memakai haruman 
3. Kerap mandi 
4. Berpakaian dari kapas
 

Empat perkara melemahkan badan 
1. Banyak bersetubuh 
2. Selalu cemas 
3. Banyak minum air ketika makan 
4. Banyak makan bahan yang masam
 

Empat perkara menajamkan mata 
1. Duduk mengadap kiblat 
2. Bercelak sebelum tidur 
3. Memandang yang hijau 
4. Berpakaian bersih 


Empat perkara merosakan mata 
1. Memandang najis 
2. Melihat orang dibunuh 
3. Melihat kemaluan 
4. Membelakangi kiblat 
 


Empat perkara menajamkan fikiran 
1. Tidak banyak berbual kosong 
2. Rajin bersugi (gosok gigi) 
3. Bercakap dengan orang soleh 
4. bergaul dengan para ulama
  


4 CARA TIDUR 

1. TIDUR PARA NABI 
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH 
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam. 

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA 
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan. 

4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. 


Tuesday, May 24, 2011

Thursday, May 19, 2011

5 Perkara Tentang LELAKI yang Perempuan tak tahu



1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik tetapi yang dicari ialah wanita yang sejuk hati melihat dan mempesona (lelaki selalu meminta wanita untuk berdandan dan sebagainya)

2. Jika Lelaki ingin bertemu dengan orang tua anda, jangan ragu dan malu kerana dia betul-betul serius dengan anda! hehehe

3. Tak seperti wanita kerana Lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya. (betul kot..ex bf aku pon pernah cerita segala tentang dia yang buruk-buruk)

4. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas berbanding wanita yang hanya tahu tentang make-up dan mini skirt..uppsss!

5. Jika seorang Lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan Anda adalah satu-satunya orang yang dicintai, percayalah perkataanya tulus dari dalam hati. (betul ke???)

Tuesday, May 17, 2011

Cerita Lawak : Bibik jawab telefon !

Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)

p/s : hahahahahahah ngok!


Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU SEDUNIA.....

SELAMAT HARI GURU! 

Dalam kita mengejar cita dan impian, jangan sekali dilupa jasa dan pengorbanan insan-insan di balik kejayaan kita. Insan yang tidak pernah mengharap balasan, wang, atau segala pun melainkan kejayaan kita. Itulah seorang manusia yang dipanggil guru.


Wednesday, May 11, 2011

A to Z of Motivation

Avoid Negative Thoughts, People, Things and Habits.
Believe in yourself.
Consider things from every angle and others points of view.
Dare to Dream and Dream Big
Energy, Excitement and Enthusiasm is in your blood.
Family and Friends are hidden treasures ; enjoy these riches.
Give more than you planned to.
Have a good sense of humour.
Ignore Critisism, Ridicule and Discouragement from others.
Jump on Problems because they are Opportunities in disguise.
Keep up the good work however hard it may seem.
Love yourself, just as you are.
Make Impossibility a Possibility.
Never lie, cheat or steal, always strike a fair deal…
Open your eyes and see things as they really are.
Prefect Practice makes you perfect.
Quitters never Win and Winners never Quit.
Reward yourself for every small success and achievement.
Stop Wasting your Time and Procrastinating important Goals.
Take control of your Life and your Goals.
Understand so that you could Understood.
Visualize your Goals and Dreams everyday.
Win over your own weaknesses and make them as your Strengths.
Xccelerate your efforts
Yes Yes Yes, Yes you Can and You Will
Zap your Stress and Enjoy your Life..

Sunday, May 8, 2011

May 8, 2011

Hari ni aku pergi shopping bagai dengan adik aku yg bongok sorang tuh dekat Times Square..hihihi ;-P
Setiap kali kuar mesti aku pegi beli air COOL BLOG dulu..sebab apa? sebab sedaplah... legaaaaaaaaaa !


Then, lalu dekat GSC..korang nak tau apa yang terjadi???
haaaaa ni la yang terjadinya  :-)



hehehehe dapat jumpa dengan pelakon2 filem NUR KASIH yang akan muncul tak lama lagi.. pastu aku dapat calendar... perhhhhh memang banyak aku dapat..



thank you  ;-)

Saturday, May 7, 2011

Happy Mothers' Day to my sweet beautiful Mom!

   IBU

Seandainya ku diberi pilihan, longgokan permata disogokkan ku tetap memilih mu sebagai pilihan utamaku. Kau idolaku ibu, aku melihat mu  sentiasa cekal dalam dugaanNYA, aku lihat raut wajah mu sentiasa tenang, tapi aku tahu bicara hatimu, kau terluka ibuku, tapi kau tak mahu tunjukkan kepadaku, kau menangis ibuku, tapi kau menangis dalam jiwamu, dalam hatimu.. aku hidup hari ini keranamu ibuku, aku tabah hari ini kerana semangatmu, asaku tenggelam dek kejian mereka, tapi bilaku terkenangkan ibu, semangatku tersambung, aku perlu hidup untuk ibu, aku perlu kuat untuk ibu, terfikir aku seketika seandainya tuhan menginginkan aku dahulu,
Siapa yang akan menjaga ibu?
Siapa yang akan membela nasibmu kasihku?
Siapa yang akan menyinari hari tuamu ibu?
22 tahun hidupku kini, setiap helaan nafasku adalah untuk ibu, aku nak jadi wanita sesolehah ibu, aku ingin contohi ibu, cekal dan tabah. Tahu tak ibu, setiap langkah kakiku, setiap hala tujuku, setiap apa yang aku ingin lakukan, aku sentiasa ingat pesanan ibu, apa yang ibu tegah, takkan sekali-kali aku lakukan, sebab luka ibu aku yang rasa sakitnya, kecewa ibu adalah hukumanku sepanjang hayat. Aku takkan benarkan air mata ibu tumpah kerana perbuatanku, tapi kalau air mata ibu tumpah kerana kejayaanku, aku tak pernah menghalang, bahkan aku puas kerana Berjaya menitiskan air mata gembiramu...
Ibu, dengarkan lagu ini ibu...
Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku... bilaaaaa kuberduka, engkau hiburkan selalu..... (; _ ;)
Buat puan zawiyah, happy mother’s day mama.. i love u so much... <3





Tuesday, February 15, 2011

Cerita Lucu Di Pagi Rabuuuuuu



Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

kadi tanye kat pompuan tu... . "kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?

pompuan tu jawab... "saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu.

dia keluar dari perut saya."

si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh... sudah... mende aku nak goreng kadi ni... .kadi pun tanye si jantan...
"hah... kamu... .bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"
"tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya 'tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"
jawab kadi.."hak kamu le.."
jantan tu kata lak.. "hah... sama le kes ni pun. Kan tuan... kan... kan "

p/s : gurau2 di pagi hari...

Tuesday, February 1, 2011

Happy Chinese New Year

Pada zaman sekolah dulu2, teringat masa naga-naga berkeliaran di sekolah diiringi dgn gendang2 sume... sebab apa???? sebab chinese new year la...hihihi...tp skg ni dah tak de dlm hidup.. zaman persekolahan sudah tamat..
anyways, happy chinese new year !


Tuesday, January 25, 2011

Shoot Time . . . .

yeahhh sabtu ni 29th ada shoot di ulu yam... ada dua photographer, dua model dan 1 penyebok...heee (aku la tuh) aku datang pon sebab photographer yg suruh join..alaaaa tolong2 set sume..hihi..tp aku nak jugak bergambar cantik2 dkt sana...fuhhh I can't wait for that!

 1st photographer SAHIL


2nd photographer MUS HAMID

 1st Model NAD

2nd Model FARA



Monday, January 24, 2011

haaa birthday party dorg ni la yg ak anjurkan 23hb jan bersama dgn adam mukriz... tapi ard's x dapat hadir so celebrate tok mikey & yoku shj... (maaf gmbr kabur) tunggu gmbr2 dlm DSLR ewan then aku copy and paste di Blog aku nih..tungguuuuu ea  ^___~

Mikey & Yoku
(Happy Birthday Besties)

Tuesday, January 18, 2011

Friend's Birthday Party . . . .

Hari ahad ni 23th ade celebrate birthday 3 anak teruna dimana dorg lahir bln January.. ni semua idea aku dan adam mukriz..he he he..agak2 birthday aku nnt dorg ni buat tak untuk aku? jeng3.. tungguuuuuu... 3 org teruna ini ialah Ards, Yoku and Mikey..tungguuuuuuuuu!

ARD'S

YOKU

MIKEY