Followers

My Blog List

Saturday, May 7, 2011

Happy Mothers' Day to my sweet beautiful Mom!

   IBU

Seandainya ku diberi pilihan, longgokan permata disogokkan ku tetap memilih mu sebagai pilihan utamaku. Kau idolaku ibu, aku melihat mu  sentiasa cekal dalam dugaanNYA, aku lihat raut wajah mu sentiasa tenang, tapi aku tahu bicara hatimu, kau terluka ibuku, tapi kau tak mahu tunjukkan kepadaku, kau menangis ibuku, tapi kau menangis dalam jiwamu, dalam hatimu.. aku hidup hari ini keranamu ibuku, aku tabah hari ini kerana semangatmu, asaku tenggelam dek kejian mereka, tapi bilaku terkenangkan ibu, semangatku tersambung, aku perlu hidup untuk ibu, aku perlu kuat untuk ibu, terfikir aku seketika seandainya tuhan menginginkan aku dahulu,
Siapa yang akan menjaga ibu?
Siapa yang akan membela nasibmu kasihku?
Siapa yang akan menyinari hari tuamu ibu?
22 tahun hidupku kini, setiap helaan nafasku adalah untuk ibu, aku nak jadi wanita sesolehah ibu, aku ingin contohi ibu, cekal dan tabah. Tahu tak ibu, setiap langkah kakiku, setiap hala tujuku, setiap apa yang aku ingin lakukan, aku sentiasa ingat pesanan ibu, apa yang ibu tegah, takkan sekali-kali aku lakukan, sebab luka ibu aku yang rasa sakitnya, kecewa ibu adalah hukumanku sepanjang hayat. Aku takkan benarkan air mata ibu tumpah kerana perbuatanku, tapi kalau air mata ibu tumpah kerana kejayaanku, aku tak pernah menghalang, bahkan aku puas kerana Berjaya menitiskan air mata gembiramu...
Ibu, dengarkan lagu ini ibu...
Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku... bilaaaaa kuberduka, engkau hiburkan selalu..... (; _ ;)
Buat puan zawiyah, happy mother’s day mama.. i love u so much... <3





No comments: